370 peserta sertai golf KRPM

21 Sep 2017

 

Sungai Buloh: Seramai 370 peserta menyertai kejohanan golf anjuran Kelab Rahman Putra Malaysia (KRPM) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-30 kelab berkenaan, baru-baru ini.

KRPM yang diilhamkan bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba pada 1987, tersenarai dalam Buku Rekod Malaysia sebagai ‘Padang Golf Paling Mencabar di Malaysia’.

Berbekalkan 4,000 ahli, KRPM sekali lagi mengukir sejarah apabila sambutan ulang tahun yang bertemakan ‘Golf, Keluarga & Persahabatan’, dirasmikan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim menyampaikan hadiah.

Presiden KRPM Yap Ching Kiat berkata, padang golf berkeluasan 279 ekar dengan 36 lubang serta dua lapangan dikenali sebagai ‘The Lakes’ dan ‘The Hills’ itu turut menjanjikan pengalaman dan cabaran buat pemain.

“KRPM amat berbangga dengan Allahyarham Tun Ghafar kerana mengilhamkan padang golf dengan reka bentuk yang mampu memberi pengalaman dan cabaran.

“Slogan ‘Golf, Keluarga & Persahabatan’ ini dipilih bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli dan tetamu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 4:33 AM

 

 


>> Back to News